Suara KualaBesut.mp3

12 July 2011 Leave a comment

Video di bawah adalah suara KualaBesut.mp3,  suara ini telah di ujikaji di beberapa kawasan di negeri Kelantan dan Terengganu.

Categories: Uncategorized

Atas Langit Masih Ada Langit

Aku sebagai waleter dan bloger momohon maaf banyak2 kepada yang tersinggung dengan bahasa yang aku gunakan……..kesedaran ini disandarkan kepada kata2

” Atas Langit Masih Ada Langit”

Renungkanlah kita dicipta bukan PENCIPTA  lepas ini, esok, lusa kita menyembah bumi.

Categories: Uncategorized

1001 CARA MENURUNKAN SUHU RBW

1001 CARA  MENURUNKAN SUHU

Ada 1001 cara menurunkan suhu RBW dan meningkatkan kelembaban.  Ada orang pakai bensen, jelok, tempayan, beledi dan kolam dalam RBW.   Pakai tu saja tak cukup beb kalau tak isi air., hahahaha lawak lah skit.

Para waleter sekelian, kalau saya lebih suka pakai kolam  plastik kanak2 mandi, reganya pun murah. Hanya RM 11.90 saja.  Aku beli masa Giant buat tawaran murah.

Satu lagi jangan lupa masukan batu sungai atau bukit ke dalam kolam supaya airnya tetap sejuk…..kalau tak bubuh batu air kurang sejuk beb….ini petua mak nenek.

kolam budak

Categories: Uncategorized

MENGAPA WALET TAKUT UNTUK MASUK?

Hari ini ada seorang sahabat waleter menelefon aku mengapa walet takut untuk masuk di RBWnya yang baru dibuka?   Aku senyum tapi dia tak nampak maklumlah perbualan telefon…aku janji padanya akan dijawab dalam blog, ini jawapannya.

Ada beberapa faktor teori:

1.  Memang begitulah sifat semulajadi sang walet….hidupan liar………ini memakan masa yang panjang……..hanya berdoa dan bersabar saja ubatnya.

2.  Sifat walet macam kucing juga……..pemalu……..macam pengatin baru…..

3.  Walet juga memikirkan di RBW itu adakah selamat?predator?suhu?kalau aku besarang, bertelor, mengeram selamatkah generasi aku…..itulah dalam pemikiran walet.

4.  Pastikan suara di muka masuk itu tidak terlalu kuat/nyaring.  Perlu sederhana sahaja.

5. Suhu dan suara. Bau dan seperti dibincangkan sebelum ini.

INI PETIKAN DARI KAWAN SAYA EN.WAN ZUL (Edu. Animal Health And Production UPM 1990.Almost 20 years involved in animal production. Having birdhouse in arau n Kuala Besut area,in pasir puteh coming soon.)

“Perkara yang paling menakjub dalam perladangan burung walet ialah kemahiran individu memikat burung walet masuk, tidur dan bersarang minima 10 sarang dalam masa maksima 4 BULAN dan dalam masa 6  BULAN mula menuai emas putih.”

Categories: Uncategorized

Panggil Suara Luar, Dalam & Tarik

Panggil Suara Luar, Dalam & Tarik

Sebagai waleter kadang2 kita rasa keliru, terutama bagi rumah walet yang baru siap.  Amatlah rumit dan menyukarkan untuk memanggil walet turun dan masuk, terutamanya di kawasan bukan sentral walet.

Apabila memanggil menggunakan suara luar, dan walet datang, dan mengepak2 di muka LMB, tetapi tidak masuk, kalau masuk pun walet segera keluar. ” MENGAPA WALET TIDAK EXPLOIR’ KE DALAM DAN KE BAWAH?

Ini lah perlu di pikirkan….lebih tepat lagi apabila RBW dipantau dengan CCTV.

Secara logik yang aku pikiri setelah kondisi RBW perfect, walet tidak masuk kerana:

walet tertarik dengan suara luar, dan apabila ke dalam walet mendengar suara dalam yang berlainan…..terus walet akan keluar.  Jadi aku berpendapat untuk RBW yang baru dilancarkan  suara luar dan dalam mesti menggunakan suara yang sama….

Walet juga tidak mahu terjun kebawah kerana perletakan twiter tarik dalam kedudukan yang tidak tepat.  kita fikiri suapaya ecolocatioan tidak berlawanan supaya tidak harming.

Ini pendapat logik sahaja …mau anda cuba? saya akan mencobanya?

Categories: Uncategorized

CARA HINDARI ULAR DARI MEMASUKI RBW

8 May 2011 2 comments

Ada beberapa cara menghindari ular dari RBW kita, ini petua sahaja tapi bermanfaat.  Dalam RBW lazimnya ada akan dimasuki ular khususnya ular sawa.   Ada cara2 tertentu menghalaunya antaranya ialah:

1. taburkan belerang di luar dan di dalam RBW,  jangan karbait kerana baunya yang busuk.

2.  paling efektif ialah ternak angsa, sebab ular takutkan tahi angsa dan angsa, malah pencuri pun takutkan angsa.

Categories: Uncategorized

Tahukah kita di sarang walet itu terdapat kutu/hama?

Tahukah kita di sarang walet itu terdapat kutu/hama?  Ya…..jawapannya ada….bahaya tak?  tentu bahaya sekali…….kalau gigit manusia apa kesannya?…amat menyakitkan kalau menggigit manusia…kalau digigit binatang ini akan bengkak dan gatal, dalam waktu sepuluh hari baru sembuh.

Biasanya pada saat petik sarang kutu ini jatuh dan menempel pada baju langsung menyerang, kutu ini menyelinap dalam sarang dan nesting plank.

Categories: Uncategorized